Saturday 16 April 2011

andai lelaki tahu~

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Saturday 2 April 2011

bila dah tak suka

kalau dulu ajak jumpa blh je walaupun ada kerja
sekarang bila ajak jumpa 'tak paham ke saya banyak kerja?'

kalau dulu lambat reply mesej je takpe blh phm
sekarang 'awak mesej dengan jantan mana?

kalau dulu ajak temankan beli barang boleh je walaupun sakit
sekarang 'awak g dengan kawan jela saya tak sihat'

kalau dulu bila jalan sentiasa pimpin tangan
sekarang awak jalan depan saya kat belakang

kalau dulu bila makan kt luar mesti dok sebelah rapat2
sekarang dok depan2 saya kanan awak kiri

kalau dulu asal keluar je bagitau tak kiralah jauh ke dekat
sekarang 'tak kan semua nak kena report?'

kalau dulu sanggup mesej/call 24 jam
sekarang dalam 24 jam pun susah nak dapat mesej

kalau dulu sentiasa cakap  'i love you'
sekarang 'awak tak bosan ke cakap benda yg sama?'

kalau dulu sanggup terima walau macam mana pun kita
sekarang sentiasa nak mengungkit

kalau dulu merajuk kejap2
sekarang 3-4 hari

hurmm kalau la boleh kembali ke masa dulu...
=/

kawAn vS kEkAsih

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH…
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH…
hadirnya seorang KEKASIH
sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati …
hadirnya KAWAN 
sebagai sahabat sejati …
berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ….
Antara KAWAN dan KEKASIH 
Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.
Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.
Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak boleh disisih…
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.
Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan…
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian
Antara KAWAN dan KEKASIH 
Bilakah akan bersatu…?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita
JIKA KAWAN itu KEKASIH…dan KEKASIH itu KAWAN…
perlu lah dihadiahkan “Sedalam lautan Setinggi kayangan” kerana “Kasih sayang tiada sempadan” tapi sayang…
KEKASIH tetap KEKASIH…
KAWAN tetap KAWAN…
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..


Friday 1 April 2011

hAti wAnitA~

andAinyA lelAki tAhu dalAm hAti seorAng perEmpuAn,
adA nAlurI uNtuK disAyAngi
adA rasA untuK dibEri pErhAtiAn
adA rAsa untUk didEngAri kEluh-kEsaHnyA
aDa wAktu untUk ditEmAni kEsEdihAnnyA..

anDainyA lElAki tAhu...
rAjuK seorAng pErempuAn mIntA dipujUk
mArAh sEorAng pErempuAn mIntA didEkati
sEdih sEoraNg perEmpuAn hAruS didEngAri
gEmbiRa sEorAng pErempuAn ingIn dIkongsI

AndAinyA lElaki tAhu...
diSebAlik sEribu sAtu rAsa itu,
aDa sEkEpinG hAti nAn lEmbuT
BukAn untUk dImAnjAi..
bukAn juA untuK dItAtAng bAgAI mInyAk yAng pEnuH
 hAnyA pErlu sEdikiT pErhaTiAn..
AgAr rAsA kAsih itu tErAsA wuJUd
WalAu disaAt jAuh

kEraNa AndAi lelAki taHu...
hAti inI akAn sEntiAsA bErtanYa
pAdA diRi sEorAnG perEmpUaN
wUjuDkah cintA dIhAti lelAki??
bilA dIsAat jAuh tAnpA pERkhAbarAn?

sAyAngilAh seSEorAng itU atAs dAsAr sIApa diRinyA sEkArAng
bUkAn AtAs dAsaR siApA dirinyA sEbElum inI..
cIntAilAH sEseOranG itu kEranA hAtinyA
bukAn rUpA pAraS sEmAta-mAta...
(*_^)

~sekAdaR rEnuNgAn~

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. 

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. 
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je. 
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...? 
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya. 
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu.. 
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! 
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!